Search this blog

Thursday, December 30, 2010

PETUKARAN ALAMAT: SUSAH lagi MENYUSAHKAN!

Anak saya himpun wang untuk langsaikan hutang baru berkerja agaknya dia mula dalam bulan Ramadhan, berkidmat dalam kerajaan untuk rakyat sebagai seorang doktor .

Kerana tidak dapat surat saman kerana, dulu buat alamat kekal (kampong saya). Surat di tanda tangan oleh saudara yang tidak memberikan kepada kami. Dengan itu kami dapat judgement by default! Saya telah menghubungi webmaster PTPTN untuk petukaran alamat.

Di katakan nya "tak boleh" buat melaui webmaster. Kena cetak surat dan poskan.

Saya telah cetak surat, tapi risau takut pos pun nanti di kata tidak terima. Saya buat keputusan untuk gunakan kidmat AR register. Saya terima poskad AR register yang menyatakan pihak PTPTN telah terima surat tukar alamat  pada 30hb Disember 2010.

TAPI sampai hari ini statement di website masih alamat dulu, tidak di kemaskini lagi?