Search this blog

Monday, April 23, 2012

Menangani PTPTN & Pembiayaan Pendidikan Tinggi.

Published on Apr 20, 2012 - Rafizi Ramli menggariskan cara melangsaikan hutang PTPTN sedia ada & pembiayaan pendidikan tinggi.



PTPTN and the lack of Petronas specifics.


PARTI Keadilan Rakyat (PKR) raised brows last week when it announced that if Pakatan Rakyat (PR) were to form a government, it would abolish the national higher education fund (PTPTN). The PTPTN was formed in 1997 with the objective of providing loans to students unable to afford fees in local higher education institutions. The larger argument of this proposal is to channel PTPTN funds more effectively to ensure more Malaysians can access education, itself a policy debate that surely must be taking place today.
Public focus, unfortunately, has somewhat shifted away from the issue of higher education itself, following PR leader Anwar Ibrahim’s suggestion that outstanding PTPTN loans of an estimated RM43 billion be written off with Petronas funds. The government however contends that doing so would “squeeze Petronas dry” and kill the goose that lays the golden eggs.
This is certainly an interesting development, since it brings the discussion to a different level. Have Petronas funds been effectively used anyway, for all these years? How, indeed, is our government making use of the country’s oil and gas revenues? Are they being responsibly managed? What kind of governance and accountability are we assured in the process of managing such a tremendous amount of wealth, contributed by our natural resources?
Malaysia is classified as a resource-dependent nation, since about 40% of our national revenues comes from oil and gas. I have previously written in this column about the dangers of oil dependency and the need for better resource management (“The paradox of plenty”, Nov 25, 2011). In this piece, the focus will be on oversight of the oil and gas sector in Malaysia, and whether there is a sufficient institutional framework to support transparency and accountability of the funds involved.



Pendidikan percuma? Pendirian PAS.

Published on Apr 20, 2012 - Petikan daripada buletinonline - Sidang Media Presiden PAS 20 April 2012 di Rusila Marang Terengganu : Video asal http://www.youtube.com/watch?v=XJLUdjYEPVc



Thursday, April 12, 2012

Sapo belawok? [who bullshit?] Berapa sebenarnya hutang drp PTPTN.

Published on Apr 12, 2012 : Analisa & perincian hutang dari PTPTN. Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR.



Kita Mampu Hapus PTPTN - Keadilan!!!




Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?
Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh  peminjam-peminjam sehingga kini. Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman  yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.
PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang  diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan  mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar. Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?
Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa  pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar sertamerta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN. Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini. Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN. 

Monday, April 9, 2012

PTPTN: "Bukan RM 43 bilion seperti disebut".



Datuk Husam Musa
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penegasan Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), seperti diumumkan kelmarin, menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Justeru kata beliau, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan.

Menurut Husam, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya RM28 bilion.

"Bukan RM 43 bilion seperti disebut," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu soal beliau, "mengapa Perdana Menteri sanggup memberikan angka yang silap?"

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam kenyataannya kelmarin, Najib berkata, kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Najib nerkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Parti-parti pembangkang bercadang mahu memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," kata Najib.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Sebaliknya jelas Husam, jumlah keseluruhan RM28 bilion sehingga akhir tahun lalu tidak semestinya dilunaskan serta-merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," kata Husam lagi.

Husam juga berkata, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekali gus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan Perdana Menteri tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi 'undertaking' dan menjadual semula pinjaman.

Post Asal :