Search this blog

Monday, April 9, 2012

PTPTN: "Bukan RM 43 bilion seperti disebut".



Datuk Husam Musa
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penegasan Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), seperti diumumkan kelmarin, menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Justeru kata beliau, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan.

Menurut Husam, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya RM28 bilion.

"Bukan RM 43 bilion seperti disebut," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu soal beliau, "mengapa Perdana Menteri sanggup memberikan angka yang silap?"

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam kenyataannya kelmarin, Najib berkata, kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Najib nerkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Parti-parti pembangkang bercadang mahu memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," kata Najib.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Sebaliknya jelas Husam, jumlah keseluruhan RM28 bilion sehingga akhir tahun lalu tidak semestinya dilunaskan serta-merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," kata Husam lagi.

Husam juga berkata, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekali gus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan Perdana Menteri tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi 'undertaking' dan menjadual semula pinjaman.

Post Asal :



No comments:

Post a Comment