Gabungan Profesional Menuntut Royalti Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai R mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada anak-anak aktivis R yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sumbangan tersebut hasil daripada royalti jualan produk R yang mendapat sambutan hebat daripada penyokong R seluruh Negeri Kelantan.
R MEMULAKAN INISIATIF MEMBUKA MATA RAKYAT: R TUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA
R memulakan iniatif untuk membuka mata seluruh Rakyat Negeri Kelantan, insyaAllah dengan dapatnya wang royalti Kelantan 5% yang tunggakannya kini berjumlah RM10.4 Billion, R menuntut Kerajaan Negeri Kelantan WAJIB memberikan pendidikan percuma untuk semua anak kelahiran Kelantan bermula dari peringkat rendah, menengah, universiti dan pengajian lanjutan.
BUKTI BAHAWA PEMBERIAN BIASISWA DAPAT DILAKUKAN BUKANNYA ILUSI
R menyahut baik cadangan Kerajaan Negeri Kelantan, untuk memberikan biasiswa kepada anak Kelantan sekiranya dapat royalti nanti. Dan mengesa Kerajaan Negeri memasukan dalam agenda penting dalam setiap perancangan bagi mengembangkan institusi pendidikan sedia ada.
Sebagai contoh terbaik, bilangan pelajar Kelantan hutang PTPTN dan jumlah pinjaman berdasarkan maklumat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari tahun 1997 hingga 2011 seramai lebih kurang 93,477 orang peminjam daripada Negeri Kelantan dengan jumlah pinjaman keseluruhan kira-kira RM3.3 bilion. Dengan anggaran hasil royalti yang berjumlah RM10.4 Billion daripada pengeluaran minyak dan gas dari Medan JDA, Medan Lawit, Jerneh, Bintang, CAA dan terbaru Medan Bunga Kamelia InsyaAllah Kerajaan Negeri Kelantan mampu untuk memberikan biasiswa kepada Seluruh Rakyat Kelantan yang ingin memasuki institusi pengajian tinggi.Ini membuktikan bahawa cadangan R adalah Rasional dan wajar dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.
R TUNTUT ROYALTI DIBERIKAN KEPADA KELANTAN UNTUK PENDIDIKAN PERCUMA
Penafian Kerajaan Malaysia dan PETRONAS dalam pemberian royalti 5 peratus kepada Kelantan adalah satu kecelakaan yang besar, dimana PETRONAS telah melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian yang dimeterai antara Kerajaan Kelantan dan PETRONAS pada 9 Mei 1975 lalu.
Diskriminasi yang berlaku ini menyebabkan pembangunan dan perancangan ekonomi Negeri Kelantan termasuk dalam sektor pendidikan ketingalan jauh berbanding Negeri-Negeri lain.
Pihak NGO R mengesa Kerajaan Malaysia dan PETRONAS membayar segera bayaran ROYALTI kepada Kelantan tanpa sebarang dolak dalih dan jawatankuasa khas seperti Perdana Menteri lakukan untuk Negerinya, iaitu Pahang.
Hentikan POLITIK DINOSOUR, utamakan kepentingan rakyat dengan pemberian wang royalti kepada Kelantan, InsyaAllah pendidikan percuma kepada seluruh Rakyat di negeri ini dapat dilakukan dengan kadar segera.
Sekian
Nazri Deraman
Presiden R
p/s: Penyampaian sumbangan kepada adik Siti Aisyah Humairah binti Zuhairi anak kepada Aktivis Royalti En Zuhairi b Abd Wahab dan kepada Siti Aisyah Ab Wahab adik kepada Dhani Ab Wahab yang kedua-duanya mendapat 5A dalam UPSR, disampaikan oleh Presiden R, Nazri Deraman.
Original Post >>>