Search this blog

Showing posts with label Hapus PTPTN. Show all posts
Showing posts with label Hapus PTPTN. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Settling PTPTN through Bank borrowings?

Has it happened?

FURTHER NOTE ON FINANCIAL LITERACY:
has there been a transfer from loans from PTPTN to the COMMERCIAL BANKS? If so what are the implications?

 
 
 
<what i wrote>
Financial Literacy : PTPTN Discounts from the perspective of a financial planner.

The purpose – to outline an objective look into the recent announcement of discounts on PTPTN Study Loans in the recent discounts structure offered in the 2013 budget, with a view to evaluate an alternative method to settle outstanding PTPTN study loan.

We note;
1) lucrative discounts of minimum 10% offered to immediate settlement of outstanding loans.
2) availability of financing from the commercial sectors at competitive rates for secured employees eg. public sector or GLC employees .
3) the possibility of using 2 above to fully settle 1 above.

Info needed;
(1)PTPTN Loans details:-
1:Outstanding debts (after discount for 1Lump sum payment)
2:Int./charges incurred (depends on rate)                  
3:Monthly repayment             
4:Payment duration

Now, look into the discount you can get from PTPTN, that will give you the amount needed to borrow from commercial sectors.

(2)Needed to Borrowed (Loan-discount):

1: Loan Amount                         
2: interest incurred                   
3: Monthly repayment                   
4: Payment duration

Online tools to assist you in financial mathematics are readily available.
>>>>               

You may now compare (1) and (2) to see which is more financially advantage to you, therefore a lesser evil and decide accordingly.
>>>>

Tuesday, November 20, 2012

KENYATAAN MEDIA R: PENDIDIKAN PERCUMA JIKA DAPAT ROYALTI

Gabungan Profesional Menuntut Royalti Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai R mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada anak-anak aktivis R yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sumbangan tersebut hasil daripada royalti jualan produk R yang mendapat sambutan hebat daripada penyokong R seluruh Negeri Kelantan. R MEMULAKAN INISIATIF MEMBUKA MATA RAKYAT: R TUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA R memulakan iniatif untuk membuka mata seluruh Rakyat Negeri Kelantan, insyaAllah dengan dapatnya wang royalti Kelantan 5% yang tunggakannya kini berjumlah RM10.4 Billion, R menuntut Kerajaan Negeri Kelantan WAJIB memberikan pendidikan percuma untuk semua anak kelahiran Kelantan bermula dari peringkat rendah, menengah, universiti dan pengajian lanjutan. BUKTI BAHAWA PEMBERIAN BIASISWA DAPAT DILAKUKAN BUKANNYA ILUSI R menyahut baik cadangan Kerajaan Negeri Kelantan, untuk memberikan biasiswa kepada anak Kelantan sekiranya dapat royalti nanti. Dan mengesa Kerajaan Negeri memasukan dalam agenda penting dalam setiap perancangan bagi mengembangkan institusi pendidikan sedia ada.


Sebagai contoh terbaik, bilangan pelajar Kelantan hutang PTPTN dan jumlah pinjaman berdasarkan maklumat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari tahun 1997 hingga 2011 seramai lebih kurang 93,477 orang peminjam daripada Negeri Kelantan dengan jumlah pinjaman keseluruhan kira-kira RM3.3 bilion. Dengan anggaran hasil royalti yang berjumlah RM10.4 Billion daripada pengeluaran minyak dan gas dari Medan JDA, Medan Lawit, Jerneh, Bintang, CAA dan terbaru Medan Bunga Kamelia InsyaAllah Kerajaan Negeri Kelantan mampu untuk memberikan biasiswa kepada Seluruh Rakyat Kelantan yang ingin memasuki institusi pengajian tinggi.Ini membuktikan bahawa cadangan R adalah Rasional dan wajar dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.

R TUNTUT ROYALTI DIBERIKAN KEPADA KELANTAN UNTUK PENDIDIKAN PERCUMA Penafian Kerajaan Malaysia dan PETRONAS dalam pemberian royalti 5 peratus kepada Kelantan adalah satu kecelakaan yang besar, dimana PETRONAS telah melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian yang dimeterai antara Kerajaan Kelantan dan PETRONAS pada 9 Mei 1975 lalu. Diskriminasi yang berlaku ini menyebabkan pembangunan dan perancangan ekonomi Negeri Kelantan termasuk dalam sektor pendidikan ketingalan jauh berbanding Negeri-Negeri lain.

Pihak NGO R mengesa Kerajaan Malaysia dan PETRONAS membayar segera bayaran ROYALTI kepada Kelantan tanpa sebarang dolak dalih dan jawatankuasa khas seperti Perdana Menteri lakukan untuk Negerinya, iaitu Pahang. Hentikan POLITIK DINOSOUR, utamakan kepentingan rakyat dengan pemberian wang royalti kepada Kelantan, InsyaAllah pendidikan percuma kepada seluruh Rakyat di negeri ini dapat dilakukan dengan kadar segera. Sekian

Nazri Deraman Presiden R

p/s: Penyampaian sumbangan kepada adik Siti Aisyah Humairah binti Zuhairi anak kepada Aktivis Royalti En Zuhairi b Abd Wahab dan kepada Siti Aisyah Ab Wahab adik kepada Dhani Ab Wahab yang kedua-duanya mendapat 5A dalam UPSR, disampaikan oleh Presiden R, Nazri Deraman.

Original Post >>>


Thursday, September 6, 2012

Felda tampong kos PTPTN

Keputusan tersebut adalah sebahagian langkah Felda untuk memperluas peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.





BESUT: Felda akan menampung sebahagian kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan kepada anak-anak peneroka Felda.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah sebahagian langkah Felda untuk memperluas peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.
“Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN ini dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN,” katanya.
Najib berada di sini sempena lawatan singkatnya bagi menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aifilfitri di padang bola Kg Tempinis, Kg Tasek Tok Lebai di Besut, Terengganu.
Beliau yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata Felda dianggar memperuntukkan RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama.
“Keputusan Felda itu juga dapat bantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain menunjukkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia. Dengan dana tambahan diperoleh, Felda setuju untuk agihkan peruntukan itu kepada rakyat,” katanya.
Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan Felda untuk memperluaskan skim latihan kemahiran yang dianjurkan oleh agensi itu kepada anak-anak bukan peneroka Felda.
Katanya seramai 2,000 peserta akan diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus latihan dan kemahiran seperti program di bawah skim Malaysia Airlines (MAS) (Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat) dan institusi-institusi lain.
Langkah itu, katanya boleh memberi nilai tambah dan pekerjaan yang lebih baik kepada peserta yang terbuka kepada masyarakat berpendapatan sederhana rendah dan miskin di bandar.
Najib berkata ia juga merupakan langkah tambahan kepada 12,000 rumah di kampung-kampung tradisional yang akan dibaik pulih melalui Felda.
- Bernama


Monday, August 27, 2012

Deputy premier: university fees abolished

Apa kita nak dengar : Oops ini bukan di Malaysia?



Deputy premier: university fees abolished

Turkish Deputy Prime Minister and government spokesman Bulent Arinc said that university fees were abolished


27 August 2012 21:15 (Last updated 27 August 2012 21:19) | ANKARA
Following Council of Ministers meeting on Monday, Arinc told reporters that fees for university students had been lifted, adding that fees were also abolished in open plan schools. A total of 1,524,380 students in universities as well as 1,951,494 students in open plan schools will directly benefit from this new situation as of 2011-2012 education year, he added.
The decision will be issued in the Official Gazette on Tuesday, said Arinc.

MALAYSIA CASE:
GETTING A MALAYSIAN CAR FOR OKU (SALES TAX & EXCISE DUTY WAIVED  :
 .
.try a car salesman, it's not easy - involved the ministry of transport directly, why can't they make it 1 car per OKU, i just cannot understand - who finance it doesnot (should not matter), (have a more flexi financing facility, say) can even take a car loan (or under guaranteed) by own kids or near relative?

I am sick of M'sia being a Negara 1Off & Negara Rayuan? We lost our sense of due 'rights'. Just like the announcement of 1% charge for PTPTN loans - it's NOT automatic & across the board, which RTM & TV3 make it sounds like. The procedures are lengthy & tiresome - it's sickening!






Wednesday, May 16, 2012

Kes USA : Student Debt and Education as a Right.

Primary education was made a right, followed by Secondary education. Isn't it, it's high time to make a quality tertiary education a right ?

Published on May 16, 2012 by TheRealNews : As debt mounts students forced into job choices just to make payments.





Sunday, May 6, 2012

Catch 22, damned if you do! damned if you don't!

Apa jadi kalau habis belajar awal?

damned if you do! 

<UIA info via emel, quote>
Untuk makluman, anak tuan menamatkan pelajaran lebih awal dari 4 tahun (8 semester panjang) iaitu 3 ½ tahun. Oleh itu, memang menjadi polisi universiti untuk pelajar membayar yuran pengajian 
bagi mencukupkan tempoh 4 tahun pengajian. Ini kerana yuran pembelajaran adalah berdasarkan 4 tahun pengajian, di mana pelajar mempunyai minimum jam kredit yang perlu dihabiskan.
<UIA info unquote>

damned if you don't!
Go through the whole full years, increased the PTPTN loans...

Baru habis belajar minta penyata ...

Hanya dapat surat jumlah pinjaman & minta pembayaran balik.


Tak pernah menerima penyata sebelum ini, Alhmadullilah di beri no. pinjaman boleh lihat penyata daripada laman web.

Monday, April 23, 2012

Menangani PTPTN & Pembiayaan Pendidikan Tinggi.

Published on Apr 20, 2012 - Rafizi Ramli menggariskan cara melangsaikan hutang PTPTN sedia ada & pembiayaan pendidikan tinggi.



PTPTN and the lack of Petronas specifics.


PARTI Keadilan Rakyat (PKR) raised brows last week when it announced that if Pakatan Rakyat (PR) were to form a government, it would abolish the national higher education fund (PTPTN). The PTPTN was formed in 1997 with the objective of providing loans to students unable to afford fees in local higher education institutions. The larger argument of this proposal is to channel PTPTN funds more effectively to ensure more Malaysians can access education, itself a policy debate that surely must be taking place today.
Public focus, unfortunately, has somewhat shifted away from the issue of higher education itself, following PR leader Anwar Ibrahim’s suggestion that outstanding PTPTN loans of an estimated RM43 billion be written off with Petronas funds. The government however contends that doing so would “squeeze Petronas dry” and kill the goose that lays the golden eggs.
This is certainly an interesting development, since it brings the discussion to a different level. Have Petronas funds been effectively used anyway, for all these years? How, indeed, is our government making use of the country’s oil and gas revenues? Are they being responsibly managed? What kind of governance and accountability are we assured in the process of managing such a tremendous amount of wealth, contributed by our natural resources?
Malaysia is classified as a resource-dependent nation, since about 40% of our national revenues comes from oil and gas. I have previously written in this column about the dangers of oil dependency and the need for better resource management (“The paradox of plenty”, Nov 25, 2011). In this piece, the focus will be on oversight of the oil and gas sector in Malaysia, and whether there is a sufficient institutional framework to support transparency and accountability of the funds involved.



Pendidikan percuma? Pendirian PAS.

Published on Apr 20, 2012 - Petikan daripada buletinonline - Sidang Media Presiden PAS 20 April 2012 di Rusila Marang Terengganu : Video asal http://www.youtube.com/watch?v=XJLUdjYEPVc



Thursday, April 12, 2012

Sapo belawok? [who bullshit?] Berapa sebenarnya hutang drp PTPTN.

Published on Apr 12, 2012 : Analisa & perincian hutang dari PTPTN. Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR.



Kita Mampu Hapus PTPTN - Keadilan!!!




Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?
Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh  peminjam-peminjam sehingga kini. Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman  yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.
PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang  diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan  mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar. Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?
Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa  pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar sertamerta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN. Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini. Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN. 

Saturday, March 31, 2012

Anwar dedah cara tangani PTPTN

anwar ceramah at melaka
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.



Monday, March 26, 2012

Mansuh PTPTN Kerja Mudah, Kata Pembangkang.

Uploaded by AntaraPos on Mar 26, 2012:




...sokong demo hapus hutang PTPTN sebelum p'raya


Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Katanya, PAS juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Mohamad berkata, kerajaan perlu berbuat demikian sebagai tanda "kasih sayang" kepada para pelajar dan juga sebagai satu bentuk pelaburan kepada golongan muda ini.

Sedangkan, tegasnya, kerajaan sanggup menghapuskira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan tindakan kerajaan yang didakwa menghapuskira pinjaman sebanyak kira-kira RM589 juta yang ditanggung tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.

"PAS akan menyokong (perhimpunan) kerana bila Tajudin Ramli seperti dilaporkan Malaysiakini, hampir 600 juta (hutang) dilupuskan. Kenapa pelajar yang berhutang RM3,000, RM4,000, RM6,000 tak boleh dihapuskira"

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.  Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," kata Mohamad lagi dalam satu sidang media hari ini.

Mohamad berkata, perhimpunan berkenaan akan dirancang oleh kumpulan pelajar dan PAS akan menyokong usaha itu.




Hapus PTPTN: Tawaran terhebat buat anak muda


KUALA LUMPUR, 26 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik pengumuman pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digantikan dengan pendidikan percuma untuk semua rakyat yang masuk ke universiti jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya kelak.


“Bagi DPPM, pengumuman ini merupakan suatu langkah yang baik dan positif bagi membela kebajikan rakyat khususnya golongan anak-anak muda,” kata ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Selama ini, katanya rakyat cukup terbeban dengan pinjaman PTPTN yang sengaja dibuat bagi membuli rakyat dengan pelbagai tekanan hidup.

Pengumuman itu, tambahnya membuktikan bahawa sekali lagi Pakatan Rakyat mendahului Umno BN dalam memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Pastinya janji pemimpin Pakatan Rakyat bukannya janji kosong semata-mata, bahkan telah banyak janji untuk rakyat ditunaikan sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang laksanakan pada hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan memastikan bahawa dengan memberikan khidmat kebajikan terbaik kepada rakyat termasuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat tidak akan membawa negara kepada kemunduran, manjadi muflis dan sebagainya sepertimana yang ditohmah oleh Umno BN.

Menurutnya, negara menjadi bankrap disebabkan oleh salah urus tadbir negara serta amalan rasuah dan ketirisan oleh pemimpin negara, bukan kerana memberikan kebajikan kepada rakyat.
“Dalam hal ini, Umno BN terbukti gagal dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” ujarnya lagi.

Katanya, mereka terkebelakang dengan banyak agenda membela rakyat oleh Pakatan Rakyat sehingga mereka terpaksa meniru balik apa yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, selama bertahun-tahun para graduan tersepit dengan arahan pembayaran balik PTPTN yang amat memeritkan.

Malah, ujar beliau ramai yang masih belum mendapat pekerjaan atau belum berstatus bekerja tetap tetapi dipaksa untuk menjelaskan kembali hutang PTPTN, sehinggakan pelbagai tindakan dikenakan kepada mereka termasuk tindakan undang-undang.

“Pengumuman ini menjadikan Umno akan sekali lagi gelabah, pemimpinnya berpeluh bagi melawan balik janji Pakatan Rakyat.

“Anak-anak muda pula pasti akan membuka mata melihat tawaran terbaik daripada Pakatan Rakyat,” katanya.

Justeru, ujarnya tiada alasan lagi buat rakyat untuk memilih Barisan Nasional memimpin negara, kerana mereka tiada niat untuk menjaga kebajikan rakyat.