Search this blog

Showing posts with label Kiraan. Show all posts
Showing posts with label Kiraan. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Settling PTPTN through Bank borrowings?

Has it happened?

FURTHER NOTE ON FINANCIAL LITERACY:
has there been a transfer from loans from PTPTN to the COMMERCIAL BANKS? If so what are the implications?

 
 
 
<what i wrote>
Financial Literacy : PTPTN Discounts from the perspective of a financial planner.

The purpose – to outline an objective look into the recent announcement of discounts on PTPTN Study Loans in the recent discounts structure offered in the 2013 budget, with a view to evaluate an alternative method to settle outstanding PTPTN study loan.

We note;
1) lucrative discounts of minimum 10% offered to immediate settlement of outstanding loans.
2) availability of financing from the commercial sectors at competitive rates for secured employees eg. public sector or GLC employees .
3) the possibility of using 2 above to fully settle 1 above.

Info needed;
(1)PTPTN Loans details:-
1:Outstanding debts (after discount for 1Lump sum payment)
2:Int./charges incurred (depends on rate)                  
3:Monthly repayment             
4:Payment duration

Now, look into the discount you can get from PTPTN, that will give you the amount needed to borrow from commercial sectors.

(2)Needed to Borrowed (Loan-discount):

1: Loan Amount                         
2: interest incurred                   
3: Monthly repayment                   
4: Payment duration

Online tools to assist you in financial mathematics are readily available.
>>>>               

You may now compare (1) and (2) to see which is more financially advantage to you, therefore a lesser evil and decide accordingly.
>>>>

Tuesday, November 20, 2012

KENYATAAN MEDIA R: PENDIDIKAN PERCUMA JIKA DAPAT ROYALTI

Gabungan Profesional Menuntut Royalti Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai R mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada anak-anak aktivis R yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sumbangan tersebut hasil daripada royalti jualan produk R yang mendapat sambutan hebat daripada penyokong R seluruh Negeri Kelantan. R MEMULAKAN INISIATIF MEMBUKA MATA RAKYAT: R TUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA R memulakan iniatif untuk membuka mata seluruh Rakyat Negeri Kelantan, insyaAllah dengan dapatnya wang royalti Kelantan 5% yang tunggakannya kini berjumlah RM10.4 Billion, R menuntut Kerajaan Negeri Kelantan WAJIB memberikan pendidikan percuma untuk semua anak kelahiran Kelantan bermula dari peringkat rendah, menengah, universiti dan pengajian lanjutan. BUKTI BAHAWA PEMBERIAN BIASISWA DAPAT DILAKUKAN BUKANNYA ILUSI R menyahut baik cadangan Kerajaan Negeri Kelantan, untuk memberikan biasiswa kepada anak Kelantan sekiranya dapat royalti nanti. Dan mengesa Kerajaan Negeri memasukan dalam agenda penting dalam setiap perancangan bagi mengembangkan institusi pendidikan sedia ada.


Sebagai contoh terbaik, bilangan pelajar Kelantan hutang PTPTN dan jumlah pinjaman berdasarkan maklumat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari tahun 1997 hingga 2011 seramai lebih kurang 93,477 orang peminjam daripada Negeri Kelantan dengan jumlah pinjaman keseluruhan kira-kira RM3.3 bilion. Dengan anggaran hasil royalti yang berjumlah RM10.4 Billion daripada pengeluaran minyak dan gas dari Medan JDA, Medan Lawit, Jerneh, Bintang, CAA dan terbaru Medan Bunga Kamelia InsyaAllah Kerajaan Negeri Kelantan mampu untuk memberikan biasiswa kepada Seluruh Rakyat Kelantan yang ingin memasuki institusi pengajian tinggi.Ini membuktikan bahawa cadangan R adalah Rasional dan wajar dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.

R TUNTUT ROYALTI DIBERIKAN KEPADA KELANTAN UNTUK PENDIDIKAN PERCUMA Penafian Kerajaan Malaysia dan PETRONAS dalam pemberian royalti 5 peratus kepada Kelantan adalah satu kecelakaan yang besar, dimana PETRONAS telah melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian yang dimeterai antara Kerajaan Kelantan dan PETRONAS pada 9 Mei 1975 lalu. Diskriminasi yang berlaku ini menyebabkan pembangunan dan perancangan ekonomi Negeri Kelantan termasuk dalam sektor pendidikan ketingalan jauh berbanding Negeri-Negeri lain.

Pihak NGO R mengesa Kerajaan Malaysia dan PETRONAS membayar segera bayaran ROYALTI kepada Kelantan tanpa sebarang dolak dalih dan jawatankuasa khas seperti Perdana Menteri lakukan untuk Negerinya, iaitu Pahang. Hentikan POLITIK DINOSOUR, utamakan kepentingan rakyat dengan pemberian wang royalti kepada Kelantan, InsyaAllah pendidikan percuma kepada seluruh Rakyat di negeri ini dapat dilakukan dengan kadar segera. Sekian

Nazri Deraman Presiden R

p/s: Penyampaian sumbangan kepada adik Siti Aisyah Humairah binti Zuhairi anak kepada Aktivis Royalti En Zuhairi b Abd Wahab dan kepada Siti Aisyah Ab Wahab adik kepada Dhani Ab Wahab yang kedua-duanya mendapat 5A dalam UPSR, disampaikan oleh Presiden R, Nazri Deraman.

Original Post >>>


Sunday, June 10, 2012

NOTA untuk Kesatuan Untuk Memperjuangkan Hak Peminjam PTPTN.


KOS YANG PELAJAR ATAU PEKERJA BARU (BUKAN TAXPAYER)
BELUM NAMPAK / RASA LAGI!


anda akan merasanya bila membayar cukai pendapatan nanti. Memandangkan bayaran balik hutang PTPTN (debt servicing) tiada potongan/pengecualian cukai pendapatan, apabila anda membayar cukai pendapatan, katakan 5% setahun, sebenarnya anda juga telah membayar 5% cukai bagi wang yang telah anda gunakan untuk melangsaikan hutang PTPTN tahun taksiran tersebut. Sila share dengan semua teman yang sedang buat debt servicing PTPTN.

[klik pada logo di sebelah untuk ke Facebook berkenaan]


Sunday, May 6, 2012

Baru habis belajar minta penyata ...

Hanya dapat surat jumlah pinjaman & minta pembayaran balik.


Tak pernah menerima penyata sebelum ini, Alhmadullilah di beri no. pinjaman boleh lihat penyata daripada laman web.

Thursday, April 12, 2012

Sapo belawok? [who bullshit?] Berapa sebenarnya hutang drp PTPTN.

Published on Apr 12, 2012 : Analisa & perincian hutang dari PTPTN. Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR.



Kita Mampu Hapus PTPTN - Keadilan!!!




Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?
Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh  peminjam-peminjam sehingga kini. Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman  yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.
PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang  diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan  mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar. Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?
Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa  pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar sertamerta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN. Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini. Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN. 

Monday, April 9, 2012

PTPTN: "Bukan RM 43 bilion seperti disebut".



Datuk Husam Musa
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penegasan Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), seperti diumumkan kelmarin, menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Justeru kata beliau, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan.

Menurut Husam, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya RM28 bilion.

"Bukan RM 43 bilion seperti disebut," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu soal beliau, "mengapa Perdana Menteri sanggup memberikan angka yang silap?"

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam kenyataannya kelmarin, Najib berkata, kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Najib nerkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Parti-parti pembangkang bercadang mahu memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," kata Najib.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Sebaliknya jelas Husam, jumlah keseluruhan RM28 bilion sehingga akhir tahun lalu tidak semestinya dilunaskan serta-merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," kata Husam lagi.

Husam juga berkata, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekali gus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan Perdana Menteri tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi 'undertaking' dan menjadual semula pinjaman.

Post Asal :



Friday, March 23, 2012

Aneh-nya: Hutang RM589 juta Tajudin dilupuskan!


Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada  Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.



Wednesday, March 14, 2012

Kezaliman PTPTN yang perlu diketahui seluruh rakyat Malaysia


Ini adalah sebab utama peminjam PTPTN mendesak kos pentadbiran PTPTN dihapuskan. Kos pentadbiran yang dikenakan amatlah membebankan.

Inilah bukti PTPTN telah menzalimi para peminjam.



Diharapkan rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan ke atas memorandum yang telah disampaikan kepada Datuk Seri Najib dengan menekan LIKE pada posting di bawah. 

http://www.facebook.com/najibrazak/posts/10150597109265952"


Sunday, March 4, 2012

PTPTN: Misteri ‘kehilangan’ RM500


Rata-rata mahasiswa IPTA mahupun IPTS adalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai isu yang dipaparkan di media termasuklah berkaitan dengan tindakan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman akan disenarai hitam dan dikenakan tindakan mahkamah.


Satu tindakan yang serius apabila PTPTN mengambil langkah membenarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012. ( Berita Harian Metro )


Dalam perkara ini juga, terlalu dimaklumkan bahawa kegagalan pihak PTPTN memasukkan wang kepada akaun pelajar juga suatu perkara yang tidak boleh diketepikan di antara peminjam dan pihak yang member pinjaman.


Selaku badan tertinggi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, PMUKM akan terkejut dengan aduan yang banyak pada semester ini berkaitan dengan wang yang dimasukkan ke akaun pelajar adalah tidak cukup sebanyak RM500 seperti dalam perjanjian. Ini menyebabkan mahasiswa mula tertanya-tanya ke manakah hilangnya duit mereka.


Ini meragukan mahasiswa terhadap dasar sistem yang diperkenalkan pihak PTPTN tersebut yang dilihat tidak konsisten dan tiada hitam putih dalam sesuatu tindakan mereka tanpa dan tiada penjelasan yang diberikan kepada pelajar terhadap tindakan tersebut.


Isu misteri “kehilangan” wang sebanyak RM500 dari PTPTN menjadi hangat setelah rata-rata mahasiswa telah membangkitkan perkara tersebut dalam pertemuan antara PMUKM dengan mahasiswa pada 3 Mac 2012.


Dalam pertemuan tersebut, dibangkitkan juga isu berkaitan kesilapan akibat kegagalan komunikasi antara pihak Bendahari UKM dan PTPTN apabila sesetengah pelajar sudah dipotong jumlah pinjaman (sekitar RM2 ribu daripada jumlah penuh pinjaman RM3,500 per semester).


Ini sangat menghairankan khususnya para pelajar yang berasal daripada keluarga kurang berada dan memerlukan duit pinjaman tersebut apatah lagi mereka perlu membayar jumlah yang mereka tidak menerima pinjaman yang sepatutnya.


Ini juga sekaligus menimbulkan pertanyaan, ke manakah sebenarnya pergi duit yang kononnya sudah ditolak daripada jumlah penuh, tetapi perincian hutang masih menunjukkan keadaan sebaliknya.


PMUKM berharap PTPTN dan bendahari UKM membuat penjelasan rasmi terhadap perkara ini dan paling penting kembalikan RM500 duit mahasiswa ke dalam akaun pelajar.


Copy & Paste from blog Rakyat Marhaen

Sunday, February 12, 2012

‎[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah.

Salam  | Oleh: Adou_Fr dalam Facebook

 1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

 2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi. 

 3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008. 

 4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal. 

 5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun). 

 6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008. 

 7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600. 

 8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600. 

 9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun. 

 10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898. 11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498. 

 12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000. 

 13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal. 

 14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji. 

 15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini. 

 16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji. 

 17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam. 

 18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan. 

 19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.


Tuesday, January 17, 2012

Adakah ADIL??

NAV keluarga : bagi ibu-bapa yang beranak lima semua baru keluar drp. Universiti sejak tahun 2005, 2007,2009,2010, 2012 (baru tammat exam akhir)

1] hutang anak PTPTN (average) = 33k x 5= 165k
2] hutang anak tanggongan hutang kerajaan = 17k x 5 = 85k
3] hutang ibu-bapa tanggongan hutang kerajaan =17k X 2 = 34k
4] hutang kereta anak2 50k x 4 (average terkini) = 200k (kerana public transport tak boleh pakai, juga terpaksa berhutang untuk bayar kepada kerajaan sebagai eksais duty - bayangkan, adoii)
5] Ibu bapa terhutang kerana PTPTN tidak mengcukupi = 35k

JUMLAH BESAR = 519,000 (NB: tidak masuk semua bunga lagi) negative!

RUMUSAN : NAV negative melebihi 1/2 juta!

ADIL KAH LAGI untuk anak-saya bergiat dalam bidang ekonomi untuk membayar pencen Mahathir, Paklah, tak lama lagi Najib & lain2nya termasuk segala kemudahan yang mereka dapati termasuk perubatan.

Sedangkan pendidikan mereka tidak dibiayai oleh kerajaan pimpinan mereka di atas.

Adakah ini dasar hisap darah hingga kering kontang?




Saturday, August 20, 2011

Surat Terkini : Pertanyaan Status.

Salam Ramadhan Kareem, 


 Semasa pertemuan dengan "Tribunal Pengguna" tempoh hari saya telah bersemuka dengan pengawai2 daripada PTPTN seperti berikut:-
1] Farhan : Penasihat Undang-undang
2] Sharil : Penguat Kuasa

Saya memberi tahu pihak anak saya meminta surat pelepasan seperti yang di janjikan oleh PTPTN.
Saya juga telah kemukan perkara berikut:-

a] kiraan saya jumlah yang perlu saya jelaskan mengikut "standard keputusan Mahkamah yang pihak PTPTN kehendaki" mengikut tafsiran saya

Mengikut En Sharil , beliau akan kembali ke Pejabat PTPTN dan membuat lapuran resmi kepada Tuan dan kemukan perkara itu kepada tuan.

Malangnya sehingga hari ini (sebulan) kemudian saya tiada menerima apa-apa berita berkenaan dengan perkembangan perkara-perkara tersebut.

REFUND: - Saya amat sukacita sekiranya refund tersebut saya dapat terima sebelum Hari Raya Aidil Fitri, kerana ianya akan membantu kami sekeluarga dalam perbelanjaan untuk Hari Raya.

- memandangkan Hari Raya amat dekat, maka kami amat berharap dapat perolehi refund tersebut secepat mungkin selepas Hari Raya dan menampong pembelanjaan seterusnya.

  KEADAAN AKAUN PTPTN ANAK SAYA SEKARANG:

Saya akan melawati web-site PTPTN untuk melihat apa yang tercatat dalam website berkenaan akaun  PTPTN anak saya tersebut.

Nasihat kawan-kawan warga peguam:
Saya telah di nasihati agar mendapatan "keputusan mahkamah" sebenar yang di sahkan oleh pihak Majistret melalui peguam pihak PTPTN, yang sepatutnya saya telah terima secara percuma.
Apakah pandangan pihak tuan dalam hal ini?

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
Saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI &MAAF DZAHIR BATIN  kepada Tuan sekeluarga serta semua warga PTPTN.

EID MUBARAK
Abdul Manan Muhamad Sekeluarga
Machang Kelantan.



Monday, July 25, 2011

Apa yang patut di bayar

Kiraan yang telah saya buat :
 Berdasarkan penghakiman Majestret Machang.
Lebihan bayaran yang telah dibuat RM430.68





Friday, June 3, 2011

Keputusan PTPTN

Keputusan Permohonan Rayuan Pelepasan Hutang
cid:image002.jpg@01CADA4A.18282680
Puan,
Mesyuarat Jawatankuasa Kutipan Balik Pembiayaan Pendidikan Bil.2/2011 bertarikh 20 Mei 2011 telah bersetuju untuk mengurangkan kenaan faedah oleh mahkamah sebanyak 8% kepada 4% setahun sahaja. Oleh yang demikian, bersama-bersama ini dikemukakan baki pinjaman pendidikan untuk dijelaskan bagi tujuan penyelesaian penuh:
  
Perkara
Jumlah (RM)
Amaun Sebutan di Mahkamah
7,260.00
Tambah: Kos 3% (08/2007 - 10/2010)
707.85
                   Kos 8% (11/2010 – 05/2011)
242.00
                   Kos Peguam
60.00
                   Kos Insurans
-
                   Kos Saman
612.00
Jumlah
8,881.85
Tolak: Pembayaran
(8,160.30)
           Diskaun 4%
(121.00)
Baki Keseluruhan
600.55
  
2.            Untuk makluman puan, pengiraan baki pinjaman pendidikan yang baru ini dikira sehingga 31 March 2011. Oleh yang demikian, tuan/puan dinasihatkan untuk membuat pembayaran balik pinjaman pendidikan sebanyak RM600.55 sebelum 30 Jun 2011. Kegagalan puan untuk menjelaskan baki pinjaman berkenaan akan mengakibatkan kiraan kenaan faedah dikekalkan sebanyak 8% mulai November 2011 sehingga tarikh penyelesaian penuh. Sebarang pembayaran balik pinjaman pendidikan adalah TANPA PREJUDIS dan Perbadanan pada setiap masa adalah berhak untuk mengambil apa-apa tindakan lain yang difikirkan suai manfaat.

Sunday, March 13, 2011

Kiraan bayaran balik - hutang tak habis sokmo

Nanti saya dapatkan computer lain dan masukan dua Jadual (2 tables) di bawah yang jelas saya akan jelaskan kiraan yang perlu di buat dengan logiknya.

Tuesday, March 1, 2011

KERAJAAN TIPU REMAJA!

BEBERAPA MENTERI & PERDANA MENTERI SENDIRI TELAH MENYATAKAN BAHAWA CAJ PENTADBIRAN TELAH DIKURANGKAN KEPADA 1%.

ADAKAH INI BENAR?
ADAKAH TELAH BERLAKU KEPADA PEMINJAM SECARA AUTOMATIK?

BERAPA KERAT KAH YANG DI CAJ 1%
SIAPA KAH MEREKA INI?

CUBA SIARKAN NAMA-NAMA MEREKA?

Wednesday, January 26, 2011

PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN Sehingga 31 Disember 2009

Hari ini sampai ke tangan saya penyata sehingga 31 Disember 2009.

Di zaman computer ini dan Malaysia di katakan memilik first world infra, PTPTN hanya mampu mengeluarkan penyata 1 tahun "behind time"? Tidak di poskan kepada alamat terkini?

Siapa yang menjadi mangsa? PELAJAR?

Seperti biasa penyata menyebut "Penyata ini belum mengambilkira penurunan kos pentadbiran 3% kepada 1%, kos pentadbiran yang dikenak oleh an adalah berdasarkan kepada perjanjian asal yang di tandatangani peminjam".

Bila hendak mula di kira 1% kos pentadbiran?

DARI ASALNYA RM6,500
Kos pentadbiran di kenakan RM16.25 sebulan dan jumlah hutang di atau baki keseluruhan pinjaman adalah RM 7.791.25

INI KERANA DI CAJ SURAT2 PEGUAM YANG DIKATAKAN DIHANTAR KEPADA PEMINJAM TETAPI TIDAK DITERIMA PMINJAM! DISYORKAN AGAR SPRM (MACC) MENYIASAT KALAU ADA KAKITANGAN PTPTN YANG MENERIMA KICK-BACKS DARIPADA SYARIKAT2 GUAMAN berkenaan...