Search this blog

Showing posts with label Zombie Debtor. Show all posts
Showing posts with label Zombie Debtor. Show all posts

Monday, August 19, 2013

PTPTN laksana CCRIS, senarai peminjam ingkar mulai bulan ini

PTPTN laksana CCRIS, senarai peminjam ingkar mulai bulan ini
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan
ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini hari ini.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya. 

Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih.


Wednesday, May 16, 2012

Kes USA : Student Debt and Education as a Right.

Primary education was made a right, followed by Secondary education. Isn't it, it's high time to make a quality tertiary education a right ?

Published on May 16, 2012 by TheRealNews : As debt mounts students forced into job choices just to make payments.





Sunday, May 6, 2012

Catch 22, damned if you do! damned if you don't!

Apa jadi kalau habis belajar awal?

damned if you do! 

<UIA info via emel, quote>
Untuk makluman, anak tuan menamatkan pelajaran lebih awal dari 4 tahun (8 semester panjang) iaitu 3 ½ tahun. Oleh itu, memang menjadi polisi universiti untuk pelajar membayar yuran pengajian 
bagi mencukupkan tempoh 4 tahun pengajian. Ini kerana yuran pembelajaran adalah berdasarkan 4 tahun pengajian, di mana pelajar mempunyai minimum jam kredit yang perlu dihabiskan.
<UIA info unquote>

damned if you don't!
Go through the whole full years, increased the PTPTN loans...

Saturday, March 31, 2012

Kabinet Lulus Dana Tambahan PTPTN Sebanyak RM6 Bilion


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun 2012 dan 2013, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet semalam memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). "Sehingga 29 Feb lepas, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Pengajian Tinggi Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.
Majlis penutupan karnival itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohamed Khaled berkata bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu dari 185,966 tempat kepada 202,339 tempat.

Wednesday, March 28, 2012

Husam perjelas mekanisma bayar PTPTN rakyat Kelantan

Uploaded by tvpas09 on Mar 28, 2012:



Peminjam PTPTN disenarai hitam banyak sekatan


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan bukan sahaja tidak dibenarkan keluar negara bahkan mereka tidak boleh membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana bank.

Seorang peguam, Abdul Malik Abdul Hakim berkata, peminjam tidak boleh membuat pinjaman peribadi, kad kredit, rumah atau kenderaan sekiranya disenaraihitamkan.

"Tiga bulan tidak bayar hutang PTPTN, tiga bulan hutang tertunggak yang dianggarkan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sudah di'blacklist' terus," katanya ketika mengunjungi Harakahdaily.

Malah beliau menyifatkan PTPTN lebih 'teruk' berbanding bank-bank yang ada di negara ini.

Malik berkata, PTPTN tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia atau di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.

"Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang baik rumah, atau kereta paling tidak mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun," katanya.

Beliau yang mewakili Mandeep Singh, pelajar Unisel yang pertama menyaman PTPTN berkata, anak guamnya ditahan di LCCT pada 6 Julai tahun lalu meskipun telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN sebelum itu.


Ekoran kejadian tersebut, perjalanan Mandeep ke China terpaksa ditangguhkan.

8 Jun 2011, Mandeep telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. 

"Di sini pihak PTPTN tidak mengeluarkan nama anak guam saya di dalam senarai hitam walaupun hutang tunggakan sudah dilangsaikan.

"Dan bagi anak guam saya, yang paling penting adalah soal keadilan kepada peminjam sepertinya yang baru merasai kehidupan selepas tamat pengajian," katanya. 

Tambahnya, kira-kira 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun, akan merasai keperitan membayar balik hutang mereka.

Beliau juga mendapat maklumat sekurang-kurangnya purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa ketika mahu keluar negara.

Beliau mengingatkan mahasiswa supaya meneliti kandungan perjanjian dengan PTPTN atau serius mendapatkan nasihat peguam, sebelum perjanjian itu ditandatangani.

Sebelum wujudnya PTPTN, katanya, seseorang anak muda hanya mempunyai tiga sumber kewangan untuk membiayai pengajian ijazahnya, iaitu biasiswa sama ada dari kerajaan atau badan bebas yang lain, pinjaman daripada institusi kewangan seperti bank atau lazimnya ditanggung ibu bapa.

"Anak muda pada usia sebaik sahaja berjaya memasuki pusat pengajian tinggi mereka tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu, kecuali untuk menerima pinjaman PTPTN, ditambah hanya tabung itu sahaja memberikan tawaran," katanya.


Salmiyah Harun28 Mac 2012


Friday, March 23, 2012

Aneh-nya: Hutang RM589 juta Tajudin dilupuskan!


Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada  Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.



Sunday, March 4, 2012

PTPTN: Misteri ‘kehilangan’ RM500


Rata-rata mahasiswa IPTA mahupun IPTS adalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai isu yang dipaparkan di media termasuklah berkaitan dengan tindakan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman akan disenarai hitam dan dikenakan tindakan mahkamah.


Satu tindakan yang serius apabila PTPTN mengambil langkah membenarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012. ( Berita Harian Metro )


Dalam perkara ini juga, terlalu dimaklumkan bahawa kegagalan pihak PTPTN memasukkan wang kepada akaun pelajar juga suatu perkara yang tidak boleh diketepikan di antara peminjam dan pihak yang member pinjaman.


Selaku badan tertinggi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, PMUKM akan terkejut dengan aduan yang banyak pada semester ini berkaitan dengan wang yang dimasukkan ke akaun pelajar adalah tidak cukup sebanyak RM500 seperti dalam perjanjian. Ini menyebabkan mahasiswa mula tertanya-tanya ke manakah hilangnya duit mereka.


Ini meragukan mahasiswa terhadap dasar sistem yang diperkenalkan pihak PTPTN tersebut yang dilihat tidak konsisten dan tiada hitam putih dalam sesuatu tindakan mereka tanpa dan tiada penjelasan yang diberikan kepada pelajar terhadap tindakan tersebut.


Isu misteri “kehilangan” wang sebanyak RM500 dari PTPTN menjadi hangat setelah rata-rata mahasiswa telah membangkitkan perkara tersebut dalam pertemuan antara PMUKM dengan mahasiswa pada 3 Mac 2012.


Dalam pertemuan tersebut, dibangkitkan juga isu berkaitan kesilapan akibat kegagalan komunikasi antara pihak Bendahari UKM dan PTPTN apabila sesetengah pelajar sudah dipotong jumlah pinjaman (sekitar RM2 ribu daripada jumlah penuh pinjaman RM3,500 per semester).


Ini sangat menghairankan khususnya para pelajar yang berasal daripada keluarga kurang berada dan memerlukan duit pinjaman tersebut apatah lagi mereka perlu membayar jumlah yang mereka tidak menerima pinjaman yang sepatutnya.


Ini juga sekaligus menimbulkan pertanyaan, ke manakah sebenarnya pergi duit yang kononnya sudah ditolak daripada jumlah penuh, tetapi perincian hutang masih menunjukkan keadaan sebaliknya.


PMUKM berharap PTPTN dan bendahari UKM membuat penjelasan rasmi terhadap perkara ini dan paling penting kembalikan RM500 duit mahasiswa ke dalam akaun pelajar.


Copy & Paste from blog Rakyat Marhaen

Monday, January 30, 2012

Berapa ramai dah jadi Zombie Debtor?

Uploaded by  on 30 Jan 2012 : Berapa ramai peminjam PTPTN hanya mampu membayar "bunga" sahaja. Pokok tidak di sentuh dan telah menjadi Zombie Debtors?