Search this blog

Saturday, March 31, 2012

Kabinet Lulus Dana Tambahan PTPTN Sebanyak RM6 Bilion


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun 2012 dan 2013, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet semalam memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). "Sehingga 29 Feb lepas, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Pengajian Tinggi Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.
Majlis penutupan karnival itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohamed Khaled berkata bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu dari 185,966 tempat kepada 202,339 tempat.

Anwar dedah cara tangani PTPTN

anwar ceramah at melaka
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.



Gempur hantar memo esok tuntut sambung pinjaman.


KUALA LUMPUR, 31 Mac: Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) akan menghantar memorandum menuntut penyambungan semula pinjaman pengajian 9 mahasiswa Terengganu di Mesir, esok.


“Gempur yang menaungi front-front mahasiswa di peringkat Pantai Timur merasa terpanggil untuk menjawab isu itu dan bersolidariti untuk membela rakan-rakan kami yang berasal dari Terengganu daripada dinafikan hak mereka,” kata Gempur dalam satu kenyatan hari ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan Tetengganu menghentikan pinjaman itu dilihat sebagai tindakan  yang tertutup dan tidak profesional kerana seolah-olah melibatkan sentimen politik yang mana sepatutnya mahasiswa mempunyai hak untuk berhimpun sebagaimana yang telah termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Sepatutnya kerajaan negeri Terengganu melihat himpunan ini sebagai salah satu hak warganegara Malaysia untuk menuntut Pilihanraya yang adil, bebas dan telus serta menuntut Auku 1971 yang mengongkong kebebasan akademik, kebebasan aktivisme mahasiswa dan menamatkan autonomi universiti dimansuhkan,” tambah kenyataan itu.

Justeru, Menteri Besar Terengganu tidak sepatutnya mencampur aduk kepentingan politik sempit dalam menilai hak yang dimiliki mahasiswa.

Bagi Gempur, adalah tidak wajar untuk mahasiswa yang terbabit dihukum hanya kerana pendirian kerajaan negeri yang tidak bersetuju dengan himpunan Bersih.

Menurut Gempur lagi, kerajaan negeri sepatutnya menilai baik dan buruk keputusan menghentikan pinjman itu ekoran kesempitan kewangan yang bakal dilalui oleh 9 pelajar tersebut tambahan pula kos perbelanjaan makanan, tempat tinggal dan lain-lain adalah tinggi di negara luar khususnya di Mesir.





Wednesday, March 28, 2012

Husam perjelas mekanisma bayar PTPTN rakyat Kelantan

Uploaded by tvpas09 on Mar 28, 2012:



Peminjam PTPTN disenarai hitam banyak sekatan


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan bukan sahaja tidak dibenarkan keluar negara bahkan mereka tidak boleh membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana bank.

Seorang peguam, Abdul Malik Abdul Hakim berkata, peminjam tidak boleh membuat pinjaman peribadi, kad kredit, rumah atau kenderaan sekiranya disenaraihitamkan.

"Tiga bulan tidak bayar hutang PTPTN, tiga bulan hutang tertunggak yang dianggarkan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sudah di'blacklist' terus," katanya ketika mengunjungi Harakahdaily.

Malah beliau menyifatkan PTPTN lebih 'teruk' berbanding bank-bank yang ada di negara ini.

Malik berkata, PTPTN tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia atau di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.

"Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang baik rumah, atau kereta paling tidak mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun," katanya.

Beliau yang mewakili Mandeep Singh, pelajar Unisel yang pertama menyaman PTPTN berkata, anak guamnya ditahan di LCCT pada 6 Julai tahun lalu meskipun telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN sebelum itu.


Ekoran kejadian tersebut, perjalanan Mandeep ke China terpaksa ditangguhkan.

8 Jun 2011, Mandeep telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. 

"Di sini pihak PTPTN tidak mengeluarkan nama anak guam saya di dalam senarai hitam walaupun hutang tunggakan sudah dilangsaikan.

"Dan bagi anak guam saya, yang paling penting adalah soal keadilan kepada peminjam sepertinya yang baru merasai kehidupan selepas tamat pengajian," katanya. 

Tambahnya, kira-kira 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun, akan merasai keperitan membayar balik hutang mereka.

Beliau juga mendapat maklumat sekurang-kurangnya purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa ketika mahu keluar negara.

Beliau mengingatkan mahasiswa supaya meneliti kandungan perjanjian dengan PTPTN atau serius mendapatkan nasihat peguam, sebelum perjanjian itu ditandatangani.

Sebelum wujudnya PTPTN, katanya, seseorang anak muda hanya mempunyai tiga sumber kewangan untuk membiayai pengajian ijazahnya, iaitu biasiswa sama ada dari kerajaan atau badan bebas yang lain, pinjaman daripada institusi kewangan seperti bank atau lazimnya ditanggung ibu bapa.

"Anak muda pada usia sebaik sahaja berjaya memasuki pusat pengajian tinggi mereka tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu, kecuali untuk menerima pinjaman PTPTN, ditambah hanya tabung itu sahaja memberikan tawaran," katanya.


Salmiyah Harun28 Mac 2012


Monday, March 26, 2012

Mansuh PTPTN Kerja Mudah, Kata Pembangkang.

Uploaded by AntaraPos on Mar 26, 2012:




...sokong demo hapus hutang PTPTN sebelum p'raya


Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Katanya, PAS juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Mohamad berkata, kerajaan perlu berbuat demikian sebagai tanda "kasih sayang" kepada para pelajar dan juga sebagai satu bentuk pelaburan kepada golongan muda ini.

Sedangkan, tegasnya, kerajaan sanggup menghapuskira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan tindakan kerajaan yang didakwa menghapuskira pinjaman sebanyak kira-kira RM589 juta yang ditanggung tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.

"PAS akan menyokong (perhimpunan) kerana bila Tajudin Ramli seperti dilaporkan Malaysiakini, hampir 600 juta (hutang) dilupuskan. Kenapa pelajar yang berhutang RM3,000, RM4,000, RM6,000 tak boleh dihapuskira"

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.  Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," kata Mohamad lagi dalam satu sidang media hari ini.

Mohamad berkata, perhimpunan berkenaan akan dirancang oleh kumpulan pelajar dan PAS akan menyokong usaha itu.




Hapus PTPTN: Tawaran terhebat buat anak muda


KUALA LUMPUR, 26 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik pengumuman pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digantikan dengan pendidikan percuma untuk semua rakyat yang masuk ke universiti jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya kelak.


“Bagi DPPM, pengumuman ini merupakan suatu langkah yang baik dan positif bagi membela kebajikan rakyat khususnya golongan anak-anak muda,” kata ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Selama ini, katanya rakyat cukup terbeban dengan pinjaman PTPTN yang sengaja dibuat bagi membuli rakyat dengan pelbagai tekanan hidup.

Pengumuman itu, tambahnya membuktikan bahawa sekali lagi Pakatan Rakyat mendahului Umno BN dalam memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Pastinya janji pemimpin Pakatan Rakyat bukannya janji kosong semata-mata, bahkan telah banyak janji untuk rakyat ditunaikan sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang laksanakan pada hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan memastikan bahawa dengan memberikan khidmat kebajikan terbaik kepada rakyat termasuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat tidak akan membawa negara kepada kemunduran, manjadi muflis dan sebagainya sepertimana yang ditohmah oleh Umno BN.

Menurutnya, negara menjadi bankrap disebabkan oleh salah urus tadbir negara serta amalan rasuah dan ketirisan oleh pemimpin negara, bukan kerana memberikan kebajikan kepada rakyat.
“Dalam hal ini, Umno BN terbukti gagal dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” ujarnya lagi.

Katanya, mereka terkebelakang dengan banyak agenda membela rakyat oleh Pakatan Rakyat sehingga mereka terpaksa meniru balik apa yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, selama bertahun-tahun para graduan tersepit dengan arahan pembayaran balik PTPTN yang amat memeritkan.

Malah, ujar beliau ramai yang masih belum mendapat pekerjaan atau belum berstatus bekerja tetap tetapi dipaksa untuk menjelaskan kembali hutang PTPTN, sehinggakan pelbagai tindakan dikenakan kepada mereka termasuk tindakan undang-undang.

“Pengumuman ini menjadikan Umno akan sekali lagi gelabah, pemimpinnya berpeluh bagi melawan balik janji Pakatan Rakyat.

“Anak-anak muda pula pasti akan membuka mata melihat tawaran terbaik daripada Pakatan Rakyat,” katanya.

Justeru, ujarnya tiada alasan lagi buat rakyat untuk memilih Barisan Nasional memimpin negara, kerana mereka tiada niat untuk menjaga kebajikan rakyat.




Friday, March 23, 2012

Aneh-nya: Hutang RM589 juta Tajudin dilupuskan!


Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada  Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.



Wednesday, March 14, 2012

Kezaliman PTPTN yang perlu diketahui seluruh rakyat Malaysia


Ini adalah sebab utama peminjam PTPTN mendesak kos pentadbiran PTPTN dihapuskan. Kos pentadbiran yang dikenakan amatlah membebankan.

Inilah bukti PTPTN telah menzalimi para peminjam.



Diharapkan rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan ke atas memorandum yang telah disampaikan kepada Datuk Seri Najib dengan menekan LIKE pada posting di bawah. 

http://www.facebook.com/najibrazak/posts/10150597109265952"


Sunday, March 4, 2012

PTPTN: Misteri ‘kehilangan’ RM500


Rata-rata mahasiswa IPTA mahupun IPTS adalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai isu yang dipaparkan di media termasuklah berkaitan dengan tindakan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman akan disenarai hitam dan dikenakan tindakan mahkamah.


Satu tindakan yang serius apabila PTPTN mengambil langkah membenarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012. ( Berita Harian Metro )


Dalam perkara ini juga, terlalu dimaklumkan bahawa kegagalan pihak PTPTN memasukkan wang kepada akaun pelajar juga suatu perkara yang tidak boleh diketepikan di antara peminjam dan pihak yang member pinjaman.


Selaku badan tertinggi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, PMUKM akan terkejut dengan aduan yang banyak pada semester ini berkaitan dengan wang yang dimasukkan ke akaun pelajar adalah tidak cukup sebanyak RM500 seperti dalam perjanjian. Ini menyebabkan mahasiswa mula tertanya-tanya ke manakah hilangnya duit mereka.


Ini meragukan mahasiswa terhadap dasar sistem yang diperkenalkan pihak PTPTN tersebut yang dilihat tidak konsisten dan tiada hitam putih dalam sesuatu tindakan mereka tanpa dan tiada penjelasan yang diberikan kepada pelajar terhadap tindakan tersebut.


Isu misteri “kehilangan” wang sebanyak RM500 dari PTPTN menjadi hangat setelah rata-rata mahasiswa telah membangkitkan perkara tersebut dalam pertemuan antara PMUKM dengan mahasiswa pada 3 Mac 2012.


Dalam pertemuan tersebut, dibangkitkan juga isu berkaitan kesilapan akibat kegagalan komunikasi antara pihak Bendahari UKM dan PTPTN apabila sesetengah pelajar sudah dipotong jumlah pinjaman (sekitar RM2 ribu daripada jumlah penuh pinjaman RM3,500 per semester).


Ini sangat menghairankan khususnya para pelajar yang berasal daripada keluarga kurang berada dan memerlukan duit pinjaman tersebut apatah lagi mereka perlu membayar jumlah yang mereka tidak menerima pinjaman yang sepatutnya.


Ini juga sekaligus menimbulkan pertanyaan, ke manakah sebenarnya pergi duit yang kononnya sudah ditolak daripada jumlah penuh, tetapi perincian hutang masih menunjukkan keadaan sebaliknya.


PMUKM berharap PTPTN dan bendahari UKM membuat penjelasan rasmi terhadap perkara ini dan paling penting kembalikan RM500 duit mahasiswa ke dalam akaun pelajar.


Copy & Paste from blog Rakyat Marhaen

Sunday, February 12, 2012

‎[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah.

Salam  | Oleh: Adou_Fr dalam Facebook

 1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

 2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi. 

 3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008. 

 4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal. 

 5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun). 

 6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008. 

 7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600. 

 8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600. 

 9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun. 

 10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898. 11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498. 

 12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000. 

 13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal. 

 14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji. 

 15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini. 

 16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji. 

 17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam. 

 18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan. 

 19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.


Thursday, February 2, 2012

Dr. Jeyakumar : Stop the next intake of nurses in private colleges

Uploaded by thestaronline on Feb 2, 2012 - With the influx of unemployment amongst graduates from higher learning institutes, Parti Socalis Malaysia Committee Member, Dr Jeyakumar highlights the need for the government to control the intake of students in these colleges.




Monday, January 30, 2012

Berapa ramai dah jadi Zombie Debtor?

Uploaded by  on 30 Jan 2012 : Berapa ramai peminjam PTPTN hanya mampu membayar "bunga" sahaja. Pokok tidak di sentuh dan telah menjadi Zombie Debtors?





Tuesday, January 17, 2012

Adakah ADIL??

NAV keluarga : bagi ibu-bapa yang beranak lima semua baru keluar drp. Universiti sejak tahun 2005, 2007,2009,2010, 2012 (baru tammat exam akhir)

1] hutang anak PTPTN (average) = 33k x 5= 165k
2] hutang anak tanggongan hutang kerajaan = 17k x 5 = 85k
3] hutang ibu-bapa tanggongan hutang kerajaan =17k X 2 = 34k
4] hutang kereta anak2 50k x 4 (average terkini) = 200k (kerana public transport tak boleh pakai, juga terpaksa berhutang untuk bayar kepada kerajaan sebagai eksais duty - bayangkan, adoii)
5] Ibu bapa terhutang kerana PTPTN tidak mengcukupi = 35k

JUMLAH BESAR = 519,000 (NB: tidak masuk semua bunga lagi) negative!

RUMUSAN : NAV negative melebihi 1/2 juta!

ADIL KAH LAGI untuk anak-saya bergiat dalam bidang ekonomi untuk membayar pencen Mahathir, Paklah, tak lama lagi Najib & lain2nya termasuk segala kemudahan yang mereka dapati termasuk perubatan.

Sedangkan pendidikan mereka tidak dibiayai oleh kerajaan pimpinan mereka di atas.

Adakah ini dasar hisap darah hingga kering kontang?




Saturday, January 14, 2012

Berita dari Alor Setar, Kedah!

Janji Pakatan : PTPTN

Uploaded by hjmanan on 14 Jan 2012 - Khusus untuk anak Kelantan & anak Malaysia am-nya. Kerajaan Kelantan dan Putrajaya di bawah Pakatan akan menghapuskan pinjaman PTPTN bagi. 






Exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, negeri Kelantan akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan yang akan menjadi realiti apabila (sekiranya)  kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan Pusat di kuasai Pakatan Rakyat selepas PRU ke 13.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu. Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.




Monday, January 9, 2012

Manifesto untuk anak muda.

Uploaded by hjmanan on 9 Jan 2012 - Di tujukan kepada anak muda yang akan membuat pilihan pertama kali dalam PRU 13 nanti. Ucapan yang di namakan "last supper" KL 8 Jan 2012.



Wednesday, November 9, 2011

Minta alamat ....lagi, dan kami masih menungu dokumen

(email ini di hantar kepada Deputy CEO & Timbalan Pengurus Kanan - Bahagian Akaun)


Salam Puan,

Adakah pehak puan telah menghantar "penghakiman yang telah disahkan", kerana saya telah mengesah alamat keluarga kami ....
adalah  xxxxx.. seperti dibawah dan rekod terakhir dalam simpanan pihak PTPTN yang telah saya kemaskini melalui borang khas drp pehak PTPTN seperti arahan pehak PTPTN tempoh hari. 

wassalam.

2011/10/27  <XXXXXXX>
Salam: alamat no 1:

Pengesahan alamat untuk penghantaran dokumen. Adalah :
 
1.    XXXXX Sentosa, Jln Pasir Puteh, 18500 Machang

Terima Kasih,
JazakAllahu Khairan
xxxxxx

2011/10/27 MMK <XXX@ptptn.gov.my>
As Salam
 
Tuan,
 
Mohon pengesahan alamat untuk penghantaran dokumen. Adakah :
 
1.   XXXXX , Jln Pasir Puteh, 18500 Machang
 
            atau
 
2.   XXXXXXXXXX leret, 18500 Machang
 
Sekian, mohon pengesahan.
 
Terima kasih.

Wednesday, October 26, 2011

Pohon salinan Kertas Penghakiman.

(email ini di hantar kepada Deputy CEO & Timbalan Pengurus Kanan - Bahagian Akaun)


ASM :Dengan hormatnya surat saya merujuk kepada kenyataan pihak puan (dalam email), seperti berikut:


1. Kertas Penghakiman Bersih hanya dimeterai di mahkamah pada 6 September 2011, walau pun penghakiman dibuat pada 24 Oktober 2010.


Mengikut penguam yang menasihati kami, anak saya berhak mendapat secara percuma satu salinan perkara 1 di atas.


Dengan demikian saya memohon agar pihak tuan sampaikan kepada salinan tersebut saya sebelum kita teruskan perbincangan seterusnya berkenaan hal ini. 


Saya amat berhadap pihak tuan & puan bersikap adil dalam hal ini dan semoga Allah swt membuka ruang kepada insan lain bersikap adil kepada pihak tuan & puan kelak.

sekian,
wassalam.

Sunday, October 23, 2011

Asking Deputy CEO PTPTN:


Salam, Tuan 

Detail berkenaan Pinjaman seperti dalam Penyata di sertakan:-

A : Saya ada menerima 

1. Surat pelepasan pinjaman pendidikan PTPTN.
Cara surat itu di tulis "fall short of" surat pelepasan kerana bersyarat.


2. penyata terakhir drp pihak tuan sangat mengelirukan, terutamanya penggunaan "ringkasan-ringkasan' yang
tidak di fahami yang saya yakin telah lari drp. "perintah atau keputusan mahkamah".

B: Apa yang ada pada rekod saya `adalah seperti berikut:-

1. Hutang Asal  :                     RM6500.00 tambahan RM500.00
    Bayaran yang telah di buat   RM8760.85

C: PENYATA di sertakan:-
Kalau mengiktu penyata yang disertakan pihak tuan perlu kembalikan RM214.00

sekian wassalam:

Penyata Oct 2011




Tuesday, September 20, 2011

PTPTN: PAS Gerakkan Referandum Rakyat

BANGI, 20 SEPTEMBER : PAS akan mengadakan pungutan suara sebagai referendum rakyat terhadap isu kelemahan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ianya akan diusahakan oleh Lajnah Pengguna PAS (LPP) melalui Jawatankuasa Isu PTPTN (JIP) yang baru diwujudkan dibawahnya yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi LPP, Mohd Taufek Abdul Ghani lapor Harakah Daily.

Uniknya, pungutan suara tersebut akan dikumpulkan melalui laman sosial Facebook jawatankuasa itu bermula Oktober ini.



Pengerusi – YB Mohd Taufek Abd Ghani Naib Pengerusi – Md Zai Mustapha Setiausaha – Izzah bt Ab Halim Ahli-ahli Mohd Lotfi b Kosbin Adli Haqq Mohd Azhari Aziz Siti Faridah Abd Samad (Wakil Nisa) Zul Hazmi Wan Jo

Sunday, August 21, 2011

Very Stressful Statement.

Saya amat berharap agar pihak tuan betulkan statemen yang disertakan, Bulan depan agaknya akan menunjukkan anak saya masih terhitutang dengan pihak PTPTN.It is very stressful to see such a statement.


Saturday, August 20, 2011

Surat Terkini : Pertanyaan Status.

Salam Ramadhan Kareem, 


 Semasa pertemuan dengan "Tribunal Pengguna" tempoh hari saya telah bersemuka dengan pengawai2 daripada PTPTN seperti berikut:-
1] Farhan : Penasihat Undang-undang
2] Sharil : Penguat Kuasa

Saya memberi tahu pihak anak saya meminta surat pelepasan seperti yang di janjikan oleh PTPTN.
Saya juga telah kemukan perkara berikut:-

a] kiraan saya jumlah yang perlu saya jelaskan mengikut "standard keputusan Mahkamah yang pihak PTPTN kehendaki" mengikut tafsiran saya

Mengikut En Sharil , beliau akan kembali ke Pejabat PTPTN dan membuat lapuran resmi kepada Tuan dan kemukan perkara itu kepada tuan.

Malangnya sehingga hari ini (sebulan) kemudian saya tiada menerima apa-apa berita berkenaan dengan perkembangan perkara-perkara tersebut.

REFUND: - Saya amat sukacita sekiranya refund tersebut saya dapat terima sebelum Hari Raya Aidil Fitri, kerana ianya akan membantu kami sekeluarga dalam perbelanjaan untuk Hari Raya.

- memandangkan Hari Raya amat dekat, maka kami amat berharap dapat perolehi refund tersebut secepat mungkin selepas Hari Raya dan menampong pembelanjaan seterusnya.

  KEADAAN AKAUN PTPTN ANAK SAYA SEKARANG:

Saya akan melawati web-site PTPTN untuk melihat apa yang tercatat dalam website berkenaan akaun  PTPTN anak saya tersebut.

Nasihat kawan-kawan warga peguam:
Saya telah di nasihati agar mendapatan "keputusan mahkamah" sebenar yang di sahkan oleh pihak Majistret melalui peguam pihak PTPTN, yang sepatutnya saya telah terima secara percuma.
Apakah pandangan pihak tuan dalam hal ini?

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
Saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI &MAAF DZAHIR BATIN  kepada Tuan sekeluarga serta semua warga PTPTN.

EID MUBARAK
Abdul Manan Muhamad Sekeluarga
Machang Kelantan.



POSTS FREEZES PENDING APPEAL :

 DI MANSUHKAN:


Nampaknya hal ini masih tergantung!
Website PTPTN tidak menghormati langsung perbincangan yang telah di buat.


Dengan itu semua surat menyurat, emails serta apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pehak PTPTN akan di pamirkan.


wassalam